Hari ini saya menimba pengalaman baru dengan membina blog yang serba ringkas ini. Mungkin agak ketinggalan dalam dunia blog tetapi sekurang-kurangnya tidak tercicir. Mulanya saya tidak gemar bermain blog kerana saya lebih gemar membina laman web sendiri. Namun, melihatkan blog ini seperti satu kemestian, maka saya luangkan sedikit masa dengan membina laman blog yang serba ringkas ini.Idea datang sekelip mata dengan menamakan domain blog ini dengan nama "Gedung Informasi" kerana saya mahukan pengunjung blog saya menikmati kemudahan dalam mencari apa jua informasi di sini. Saya juga mengalukan informasi yang anda semua ingin kongsikan di sini dengan e-mel kepada saya. InsyaAllah blog ini akan memaparkan informasi tersebut bersama maklumat pengirimnya.
Saya berbesar hati mengucapkan "Selamat Datang Dan Selamat Berinformasi" kepada pengunjung-pengunjung laman blog ini. Adalah diharapkan anda akan selalu menjenguk laman blog ini untuk mendapatkan informasi yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa.